Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksBuku Terbitan 2024

​​​​​​​​​​

TikTikLor.png​​
Tik-Tik Lor Titian Patah
A. Mohammad Timbang

Harga: $7.00
ISBN: 978-99917-88-29-6
​Himpunan pantun yang sarat dengan nasihat, pengetahuan am, teka-teki dan jenaka yang sesuai dibaca oleh golongan kanak-kanak dan remaja.


Di samping titipan nasihat untuk generasi muda, menariknya buku ini kerana pelbagai elemen budaya seperti kuih-muih, lagu kanak-kanak, permainan, tarian, alat menangkap ikan, buah-buahan tempatan, anyaman dan makanan diperkenalkan dalam pantun​.

Silat.png
Menelusuri Arus Seni Silat Cakak Asli Brunei
Pengiran Haji Mohamad Pengiran Haji Ludin

Harga: $10.00
ISBN: 978-99917-88-93-7​
​Silat Cakak Asli Brunei mempunyai Bunga Pecah Silat (Tiga dan Empat). Rangkaian tersebut merupakan ciri khas seni Silat Cakak Asli Brunei sejkali gus membezakan dengan seni silat lain.

Buku Menelusuri Arus Seni Silat Cakak Asli Brunei mendedahkan sejarah dan teknik pergerakan silat untuk panduan dan pengetahuan pembaca yang berminat dalam dunia persilatan. 

WhatsApp Image 2024-05-20 at 10.21.11.jpeg
Kepimpinan: Budi Pekerti, Tuturan Hati
Tengku Sri Indra

Harga: $7.00
ISBN: 978-99984-0-009-2​
​Memiliki nilai-nilai budi pekerti yang luhur itu sudah pastinya akan melahirkan akhlak yang baik dan mulia. Kepimpinan yang berkesan amat berkait rapat dengan nilai, tingkah laku dan adab kerana akhlak dan sikap seorang pemimpin amat mempengaruhi tingkah laku ahli dalam sebuah organisasi yang dipimpin. 

Buku Kepimpinan: Budi Pekerti, Tuturan Hati ini sangat memberikan kefahaman dan panduan mengenai peri pentingnya nilai budi pekerti dalam kepimpinan.

1.   Cover Cerpen Sabar Pemajal.jpg
Kumpulan Cerpen "S.A.b.a.r." pe.ma.jal.
JaBiT Abdul Aziz

Harga: $8.00
ISBN: 978-99917-88-74-6​
​Kumpulan cerita pendek "S.A.b.a.r." pe.ma.jal. berusaha menghidangkan cerita individu, sekumpulan manusia berbajukan, bertarung, berkepalakan dan bertegang leher menghadapi "peraturan".
4.   Cover Langkah Ristaan.jpg
Antologi Cerpen Langkah Ristaan

Harga: $7.00
ISBN: 978-99917-88-13-5
​Antologi Cerpen Langkah Ristaan merupakan 10 himpunan cerpen terbaik dan menarik hasil daripada Peraduan Menulis Cerpen 2016. 

Karya-karya yang termuat dalam buku ini mengemukakan penaksiran dan daya intelek dalam menyampaikan mesej, tema dan gaya penceritaan yang menarik.
3.  Cover Semut dan Gula.jpg
Semut dan Gula
Haji Md. Hussain Abdul Rahman

Harga: $11.00
ISBN: 978-99917-88-81-4​
Buku ini berbentuk bacaan ringan berkonsepkan motivasi sesui dengan tajuk SEMUT dan GULA. Kedua-dua element ini saling memerlukan dan diperlukan bagi memenuhi kehendak hidup. Begitu juga dalam kehidupan manusia walaupun dalam lingkungan pengalaman pahit dan manis.

Buku ini ditulis secara santai dalam sebuah nota kecil dalam menjelajah pelbagai sudut belahan dunia berbekalkan pengalaman dan pengamatan kemudian dijadikan sebuah anekdot. Begitulah seorang penulis yang sentiasa ‘berkarih’ seperti semut untuk mendapatkan bahan yang diperlukan.Dan penulis umpama gula untuk dihadam dalam kehidupan.​

2.   Cover Kalbu Ingin Menulis.jpg
Kumpulan Sajak Kalbu Ingin Menulis
Maya Brunei

Harga: $9.00
ISBN: 978-99917-88-76-0​
Aku cuma menulis apa yang terlintas kujadikan ia sebuah tulisan entah apa bentuknya kalau ia mirip puisi ia akan jadi puisi kalau wajahnya cerpen ia akan menjadi sebuah cerpen demikian juga monolog maka monologlah ia nyatanya aku bukan penulis cuma ingin menulis.​
5.  Hijrahku Untuk Siapa.jpg
Kumpulan Cerpen Hijrahku Untuk Siapa?
Sarrah 'Aina

Harga: $7.00
ISBN: 978-99917-88-84-5​
“Minta maaf, dang, biskita ani orang Melayukah? “Kenapa kita batanya? Sabab aku inda batudung? Orang Melayu misti batudung labuh macam kita anikah?” “Astaghfirullah, dang, maafkan kaka. Bukan niat kaka menyinggung perasaanmu.” Tiba-tiba Siti muncul. “Hijrahku untuk Siapa?” sebuah judul yang diangkat daripada 17 buah judul cerpen dalam buku ini. 

Cerpen ini mengisahkan seorang remaja mualaf yang terumbang-ambing menentukan kehidupannya. Perkara ini lumrah terjadi. Sebagai saudara baharu, kita selaku masyarakat memainkan peranan penting dalam membantunya menjadi Muslimin yang diredai Allah subhanahu wa taala. Sila amati sedikit cuplikan yang diambil daripada cerpen berkenaan.​

6.   Cover Beruk Gemuk.jpg
Perjalanan Seekor Beruk yang Gemuk
The Journey of the Fat Macaque
Faiz Morshidi

Harga: $4.50
ISBN: 978-99917-88-99-9​
Buku ini menceritakan mengenai seekor Beruk Gemuk yang sering dihina kerana bentuk fizikalnya. Akibatnya, ia berusaha untuk mencari solusi, berjaya menguruskan badannya dan menghentikan tohmahan monyet-monyet lain. Monyet-monyet yang mengejinya pula berubah menjadi gemuk. Inilah pesan moral yang cuba disampaikan di sebalik cerita. Sebaiknya kita jangan menghina orang lain kerana perkara ini boleh terjadi kepada kita sendiri. Meskipun disampaikan dalam bentuk cerita binatang tetapi hakikatnya mencerminkan kehidupan sebenar. 

This book is about a Fat Macaque who was often mocked for his physical appearance. As a result, he sought a solution, lost weight and put an end to being mocked. In fact, the other monkeys who had insulted him had grown fat. The moral of the story is that we should not insult others because what goes around, come around. Even though it is presented in the form of an animal story, it reflects real life.​

7.   Cover Jangan Jadi Pemugut updated.jpg
Jangan Jadi Pemugut
A.R. Romzi

Harga: $5.00
ISBN: 978-99917-88-64-7​
Jangan Jadi Pemugut mengisahkan kelakuan dua orang kanak-kanak lelaki nakal yang suka memugut harta benda awam. Suatu hari perbuatan mereka diketahui oleh dua orang sahabat baik, iaitu Sikin dan Akma. Apa yang terjadi seterusnya? Adik-adik perlu dapatkan buku ini bagi mengetahui kesudahan cerita ini. Jom dapatkan buku ini.​
8. Cover Mengenal Warna.jpg
Mengenal Warna
Let's Learn Colours

Harga: $5.00
ISBN: 978-99917-88-78-4​
Buku Mengenal Warna merupakan pengenalan terhadap warna-warna secara bacaan mengikut suku kata, sekali gus mengenalkan bentuk-bentuk asas yang ada di sekeliling kita. Buku seperti ini dapat membantu kanak-kanak dalam ejaan melalui penyediaan gambar dan warna menarik yang setentunya dapat membantu kanak-kanak dalam bacaan. 

Let’s Learn Colours is an introduction to colours by reading them according to syllables and also introducing basic forms that surround us. This book can help children in spelling through the provision of interesting pictures and colours that can certainly help children in reading.​

​​Malai Suntingan.png

Malai Suntingan

Harga: $12.00
ISBN: 978-99984-0-010-8​

Syair-syair Muda Omar ‘Ali Saifuddien (Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien) memiliki keistimewaan yang tersendiri kerana mengandungi gaya bahasa yang indah sehingga mampu menyampaikan perutusan makna yang bernas dan tajam untuk dihayati dan difahami.

K
ekayaan dan keluasan kata-kata yang terdapat dalam syair-syair Al-Marhum merepresentasikan identiti karya Al-Marhum sebagai karya sastera Brunei yang secara tidak langsung mampu menambah dan memperkaya kosa kata bahasa Melayu.

B
uku ini bukan sahaja menyuguhkan dan memberikan makna kepada kosa kata malah turut memisi bahasa kiasan dan pantun yang digunakan dalam Syair Al-Marhum dengan memuatkan tiga bab utama, iaitu Glosari Kata Lubuk Pualam, Simpulan Bahasa Mekar Setaman dan Kampuh Pantun Kumala Intan.​
​​Babatan Pantun MB.png
Babatan Pantun Melayu Brunei

Harga: $20.00
ISBN: 978-99984-0-011-5​​
​Tebaran pantun-pantun Melayu Brunei hasil penyelidikan akhirnya berjaya dibabat untuk memberikan manfaat yang cukup besar kepada masyarakat sebagai sumber rujukan serta seterusnya sumbangsih pemikiran dan inspirasi. Babatan Pantun Melayu Brunei yang menyajikan pelbagai tema ini mampu menjadi wahana pendukung dalam mendayaupayakan pelestarian dan pemeliharaan warisan bangsa.

Bukan kebun sebarang kebun,
Kebunku ada di Pekan Lama;
Bukan pantun sebarang pantun,
Pantun dikaji budaya lama​.

Pulang Kumbali Pulang.png
Pulang Kumbali Pulang
a.hashim hamid

Harga: $8.00
ISBN: 978-99917-88-97-5​​
Lahirnya sebuah karya kumpulan sajak daripada seorang elit budaya yang cukup digalati di negara ini memberikan satu “anugerah” teristimewa bagi kesusasteraan negara.

A
ntara kandungan sajak a. hashim hamid dalam buku ini ialah Titipan untuk Air-Amasku, Narasi Negeriku, Yang Mulia, Titipan Sebuah Wawasan, Jalur Gaza, Titipan Bawah Peningkah, Darussalam Kupilih Namamu, Tsunami Membunga Lapang, Balada Bumi Palestin, Hadiahnya Syurga Janjinya Neraka, Pulang Kumbali Pulang.​


Panchor Murai.png
Panchor Murai 
Siti Nadhrah Norzelan

Harga: $5.00
ISBN: 978-99984-0-007-8​​
Tempat tinggi ini sesuai dibina pancuran kerana air yang memancur keluar dari Sungai Imang itu selamat untuk tuan puteri mandi. Airnya sangat segar dan bersih. Kita akan memindahkan alur sungai ke pancuran ini. Bagaimana pendapat sahabat-sahabatku?” tanya Samurai.

Apa yang dimaksudkan dengan pancuran? Siapakan tuan puteri dan Samurai itu? Adik-adik akan tahu jawapannya apabila membaca buku 
Panchor Murai ini.


Hendak Seribu Daya.png

Hendak Seribu Daya, 
Tak Hendak Seribu Dalih

Maisalamah Rajab

Harga: $4.00
ISBN: 978-99917-88-91-3​​
Hendak Seribu Daya, Tak Hendak Seribu Dalih mengisahkan tentang empat orang adik-beradik yang disuruh oleh ibu mereka untuk membersihkan rumah yang diketuai oleh kakak sulung, iaitu Bazilah.

Ketika sedang sibuk mengemas, Aiman terjumpa tabung duit kepunyaan kakaknya. Apakah yang dilakukan dengan tabung duit itu? Ikuti jalan cerita selanjutnya yang pasti akan memberikan unsur pengajaran dan mendapat manfaat daripada cerita ini​.
Dinamika Bahasa Melayu Jilid 3.jpgDinamika Bahasa Melayu Jilid 3
DBP

Harga: $16.00
ISBN: 978-99984-0-013-3​9
Kompilasi esei ilmiah yang diseleksi daripada ratusan penulisan Jurnal Bahasa yang terbaik dari tahun 1995 hingga 2020. Aspek perbincangan yang dimuatkan dalam buku ini mencakupi bidang linguistik, iaitu morfologi, sintaksis, semantik, fonologi, pragmatik, kajian kebahasaan, sosiolinguistik, kajian pedagogi, permasalahan dan perkembangan bahasa serta kajian ilmiah.

Buku ini juga merupakan filid terakhir, iaitu kesinambungan daripada Jilid 1 dan Jilid 2 yang bermanfaat untuk dijadikan sebagai rujukan kepada pengkaji bahasa dan pembaca.


Kamus Istilah Pemakanan.jpg
Kamus Istilah Pemakanan
DBP

Harga: $5.00
ISBN: 978-99984-0-014-6​​​
Siri Kamus Istilah MABBIM yang memuatkan sebanyak 250 entri berserta takrifan. Takrifan dalam kamus ini digarap berdasarkan kaedah Pedoman Umum Penggubalan Istilah dengan keintelektualan pakar bidang pemakanan bersama tim penggubalan istilah DBP di Negara Brunei Darussalam.

Kamus ini sesuai digunakan sebagai sumber rujukan dalam menambah pengetahuan dan meningkatkan kefahaman pengguna, terutama dalam mencari suatu takrifan yang menepati konsep spesifik dalam subbidang pemakanan.​



Kulit Buku 1.png

20
Nur Hamizah Samihon

Harga: B$9.00
ISBN: 978-99984-0-020-7​
​Sebuah bencana paling besar telah menimpa dunia. Malapetaka itu telah membuatkan dunia gegak-gempita. Sistem dunia banyak lumpuh. Hospital-hospital dibanjiri oleh para pesakit yang kulit tubuhnya dihinggapi oleh penyakit seperti cacar air. Kadar jangkitan yang tinggi ini telah memaksa negara Boo-ni untuk menutup sempadan. Negara Boo-ni telah menerima impaknya walau 20 tahun telah berlalu sejak bencana itu.

Cendana merupakan seorang penyelam mikroplastik, manakala Panji ialah seorang leftenan kapal peronda. Mereka berdua bekerja di laut, pertemuan juga di laut. Bolehkah mereka menyelesaikan persoalan yang tidak pernah berhujung selama 20 tahun ini?

Cendana mampu menerbarkan bau-bau wangi, Pannji pula mempunyai lengan yang membiru. Bagaimana ciri-ciri ini boleh terjadi? Apakah bangsa Boo-ni memiliki variasi genetik dan sedang menuju ke arah evolusi?
KesusasteraanMelayu Moden website.jpg

Kesusasteraan Melayu Moden Satu Fenomena
Dewan Bahasa dan Pustaka

Harga: B$15.00
ISBN: 978-99917-88-62-3​

eksperimen website.jpg

Antologi Cerpen Eksperimen Brunei
Dewan Bahasa dan Pustaka

Harga: B$13.00
ISBN: 978-99984-0-022-1
​Pada tahun 1990-an keempat-empat penulis ini, iaitu H.MAR, Mussisi, P.Binchin dan Z.A. Brunei telah menghasilkan cerpen-cerpen yang berbentuk eksperimen dan baharu dalam majalah Bahana. Kempat-empat penulis ini berkarya dengan identiti tersendiri dengan gaya dan aliran penulisan cerpen yang berbeza daripada penulis cerpen konvensional selama ini. Hal ini semacam satu "kejutan" dalam penulisan cerpen-cerpen eksperimen di Brunei.

Cerpen eksperimen ialah fiksyen yang mencari "kebenaran" dengan cara yang inventif.
Penyair Kembara website.jpg

Antologi Sajak Penyair Kembara
DBP

Harga: B$8.00
ISBN: 978-99984-0-016-0​
​Antologi Sajak Penyair Kembara ialah fikrah penulis Brunei yang pernah berkelana dan berpetualang di perantauan dalam mengembangkan sayapnya mencari gali ilmu melalui bimbingan dan pertemuan bengkel-bengkel penulisan sastera luar negeri. Kumpulan sajak-sajak ini merupakan buah tangan dan hadiah penyair kembara kepada penulis muda dan masyarakat bagi pengkongsian ilmu sastera dan khazanah bangsa dan negara pada masa hadapan.
The Silk Road of Archipelago the Literature website.jpg

The Silk Road of Archipelago Literature
DBP

ISBN: 978-99984-0-000-9​
As part of its efforts to promote and disseminate literary works across the globe, Mastera has translated short stories written by authors from its four member countries. This anthology is intended to be enjoyed and appreciated by a broader literacy audience, particularly literary scholars and enthusiasts, in addition to disseminating Mastera's activities at the regional and international levels. 

Undoubtedly, the publication of this book has contributed in lots of benefits and endeavors to disseminate knowledge from one civilisation to another. Literature provides opportunities for other nationalities to acknoledge and understand the culture of the locals, and to draw comparisons wth other cultures. Hence, the translation ofliterary works is a major tool for empowering people and advancing a nation's civilation.

This translation project in the genre of essays and poems was completed in 2013. For the first time, the trasnslated works are short stories from our Mastera member countries, namely Brunei Darussalam, Indonesia, Mlaysia and Singapore. 21 short stories have been trasnlated from Malay into English.


Model dan Strategi•FINAL.jpg
Model dan Strategi: Nilai Murni Terpuji Empat Budi
Dr. Haji Rozaiman bin Makmun, Dr. Abu Bakar bin Haji Maidin, Profesor Madya Dr. Roslina binti Abu Bakar, Dr. Sri Kartika binti Abdul Rahman, Dr. Suraya binti Haji Tarasat, Noradinah binti Jaidi, Nurdiyana binti Abdul Ghani, Nurfatin Aqeela@Siti Salwa binti Usop dan Noriyadtul Isma binti Awang Mohamad.

Harga: B$15.00
ISBN: 978-99984-0-005-4​
​Sesuai dengan perkembangan semasa, arus globalisasi, perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi, SPN21 telah diyakini mampu menyeimbangkan pendidikan ke arah melahirkan insan yang sempurna. Dengan terteranya unsur atau komponen nilai dalam rajah Model Kurikulum SPN21 itu, sudah tentu setiap subjek yang diajarkan di sekolah dihasrat untuk menyerapkan unsur nilai dalam proses pengajaran dan pemudahcaraan (pdpc) masing-masing. Namun begitu, tanpa kefahaman yang jelas dalam kalangan guru terhadap strategi penyerapan itu, dikhuatiri hasrat ini tidak akan tercapai hingga ke tahap optimum atau seimbang. Oleh itu, buku panduan berasaskan kajian kuantitatif dan kualitatif ini dicadangkan sebagai panduan atau bacaan rujukan tentang rumusan jenis serta model atau pola strategi penyerapan dan penghayatan nilai murni yang merangkumi nilai tambah yang berkaitan dengan kemahiran berbahasa.
Kawalan Sosial Pengguna Dadah•FINAL.jpg

Kawal Sosial Pengguna Dadah
Dr. Zulhilmi bin Haji Jaidin

Harga: B$8.00
ISBN: 978-99984-0-024-5
​Buku ini memaparkan rahsia kejayaan kawalan sosial terhadap pengguna dadah. Ia mengupas aspek-aspek seperti norma masyarakat, nilai-nilai dan undang-undang yang relevan, dan menjelaskan bagaimana masyarakat boleh secara berkesan mencegah, mengawasi dan mengurangkan penggunaan dadah.
Batik•FINAL.jpg

Batik Craft Technique of Zainal Abidin
Zainal Abidin bin Haji Ibrahim, Yoon Jong Hyun dan Ryu Seung Hyun

Harga: B$25.00
ISBN: 978-99984-0-036-8​
​Zainal Abidin Haji Ibrahim is one of Brunei Darussalam's Batik artists who gained experiences and formal education in arts both locally and abroad such as MARA University of Technology Malaysia and the United Kingdom. His involvement in arts is so vast that not only he is good in paintings but also masteres in various types of visual arts, including Batik making since 1990s. In Batik making, he is considered as a professional artist and had exhibited his works in Malaysia, Singapore, Japan, Korea and also in United Kingsom. In his works, he constantly used local motifs based on the Malay Islamic Monarchy Philosophy.
Dapur Telaw Bunu•FINAL.jpg

Dapur Telaw Bunu
Dewan Bahasa dan Pustaka

Harga: B$25.00
ISBN: 978-99984-0-033-7​
​Dapur Telaw Bunu menghimpunkan resipi masakan tradisi daripada puak Melayu Brunei, puak Tutong dan puak Belait yang diwarisi secara turun-temurun. Buku ini menumpukan cara penyediaan dan kaedah masakan yang masih dikekalkan mengikut cita rasa dan daya ingatan. Menariknya buku ini mengetengahkan kosa kata daripada ketiga-tiga puak berkenaan sebagai salah satu inisiatif pelestarian dialek tempatan.

Mencetus Ilham Nukilan Kalbu•FINAL.jpg
Kompilasi Pantun Mencetus Ilham, Nukilan Kalbu
Idlan Adley

Harga: B$11.00
ISBN: 978-99984-0-042-9
​Salah satu sastera lisan yang masih wujud hingga kini dan digunakan oleh masyarakat Melayu ialah pantun. Indahnya pantun dalam buku ini bukan sahaja digambarkan daripada untaian kata yang membentuk rangkapnya, tetapi kerana mesej dan idea yang disampaikan oleh pencipta melalui pantun itu seperti nasihat, mengajar, menegur dan berkongsi pengalaman dan cerita. Dalam erti kata lain, pantun sebagai media menyampaikan pesan moral dalam kehidupan dan warisan budaya.
Kumpulan Sajak Dialog Sebuah Perjalanan•FINAL.jpg

Kumpulan Sajak Dialog Sebuah Perjalanan
Mahmudamit

Harga: B$9.00
ISBN: 978-99984-0-025-2​
​Kumpulan sajak ini merupakan spiritual dan emosional yang membawa pembaca melintasi zaman, tempat dan pengalaman. Sajak-sajak yang terhimpun dalam buku ini terhasil daripada kedalaman jiwa dan pengalaman penulis. Melalui setiap bait, kita diundang untuk menyusuri lorong-lorong kenangan, mengelus nostalgia dan merenungkan keindahan serta keunikannya yang diwarnai dengan nuansa sejarah dan kehidupan sehari-hari serta keindahan alam.
Kumpulan Sajak Anggerik Putih•FINAL.jpg

Kumpulan Sajak Anggerik Putih
Maya Brunei

Harga: B$9.00
ISBN: 978-99984-0-006-1​
​Cemerlangku
cuma di mata pena

Jasadku
sekadar di wajah kertas

Setitik dakwat tumpah
terhapuslah aksaranya.

Buluh Perindu•FINAL.jpg
Buluh Perindu
Tarif Haji Abdul Hamid

Harga: B$7.00
ISBN: 978-99984-0-023-8
​Mazlan seorang pemuda berbakat dalam bidang muzik. Penghijrahan dari kampung ke bandar telah menemukannya semula dengan sahabat lamanya, Firdaus yang menganggotai kugiran rock Buluh Perindu. Penglibatan Mazlan dalam kugiran ini mendapat halangan daripada keluarganya kerana menganggap kerjaya sebagai pemuzik tidak ada masa depan, apatah lagi muzik rock dianggap boleh meruntuhkan morak anak-anak muda. Bagaimanapun, persepsi negatif ini berjaya dibuktikan salah oleh Buluh Perindu, bahkan mereka berjaya memperlihatkan teladan yang baik kepada masyarakat. Apakah yang dilakukan oleh Buluh Perindu sehingga berjaya mengubah persepsi negatif masyarakat terhadap mereka?
Menanti Kepulangan 1•FINAL.jpg

Kumpulan Haiku Menanti Kepulangan 1
Fatimah Haji Othman

Harga: B$9.00
ISBN: 978-99984-0-039-9​
​Dalam penulisan haiku memerlukan disiplin yang tinggi mengikut struktur tiga baris berbeza dengan tatabahasa yang nyata dengan 17 suku kata, bahkan haiku juga boleh dijadikan sebagai satu rangkai dalam satu tajuk.
HIJRAH•FINAL.jpg

Hijrah
Syah Putera

Harga: B$9.00
ISBN: 978-99984-0-038-2​
​Muhammad Faisal Hakim atau lebih dikenali lagi sebagai Faisal ialah seorang peniaga yang berjaya ketika usia muda lagi. Perniagaan perabot rumah yang dijalankannya membuahkan hasil dan berkembang maju sehingga ke luar negara. Malang tidak berbau yang indah tidak akan kekal selamanya. Pada suatu hari, Faisal telah tertangkap kerana penyalahgunaan dadah. Faisal tekad untuk berhijrah sepenuhnya dan melupakan kejadian yang menimpanya dan ingin berjaya. Namun, setiap kejayaan pasti ada yang cemburu dan tidak berpuas hati. Ada sahaja yang cuba untuk menjatuhkan perniagaan Faisal. Terutama dengan kehadiran Arif sekali lagi telah memusnahkan hidup Faisal.

Apakah pengakhiran penghijrahan Faisal dalam cerita ini? Ikuti perjalanan cerita Faisal yang berhijrah demi sebuah kebenaran. 

LM2•FINAL.jpg
​Lakastah Mewarna 2
Dewan Bahasa dan Pustaka

Harga: B$2.00
ISBN: 978-99984-0-041-2
Buku ini memuatkan 20 koleksi ilustrasi permainan tradisi di Negara Brunei Darussalam. Penerbitan buku ini dihasrat dapat memberi manfaat bukan sahaja kepada golongan kanak-kanak malahan dapat membantu para ibu bapa dalam mengisi masa lapang anak-anak mereka dengan aktiviti mewarna, mengenal peradaban dan permainan tradisi di Negara Brunei Darussalam.                              
Legenda Bidin•FINAL.jpg

Legenda Bidin
Syafiq Zunaidi

Harga: B$5.00
ISBN: 978-99984-0-027-6​
​Sifat sombong Bidin memakan dirinya sendiri. Apabila dia berasa dirinya paling hebat dan enggan menerima kekuatan orang lain serta bantuan daripada orang-orang kampung. Ternyata sifat sombong membawa kebinasaan kepada diri sendiri.
Legenda Pulau Pungit•FINAL.jpg

Legenda Pulau Pungit
Sarrah 'Aina

Harga: B$5.00
ISBN: 978-99984-0-019-1​
​Legenda Pulau Pungit merupakan cerita rakyat puak Kedayan yang mengisahkan tentang penamaan asal usul sesuatu tempat. Tempat ini dipercayai mempunyai misterinya tersendiri, iaitu barang siapa yang melanggar pantang larang akan terjadilah sesuatu kesan daripada pelanggaran itu. Pastinya cerita yang disampaikan melalui pertuturan orang tua-tua dahulu ini mempunyai tarikan dan mesej khas untuk mendidik.

Liau Kadir dan Orang Lahia•FINAL.jpg
Liau Kadir dan Orang Lahia
Amal Firzanah Abdul Ghafar

Harga: B$5.00
ISBN: 978-99984-0-006-1​
​Tiba-tiba dia ternampak orang Lahia lima sekawan sedang melompat-lompat dan menggaru badan masing-masing. Mereka menendang daun tarap yang berada di tanah.

"Eh, mengapa kian basia atu? Takut pakah basia atu kan daun taap?" tanya Liau Kadir
Mari Mengenal Permainan Tradisi•FINAL.jpg

Mari Mengenal Permainan Tradisi Brunei
Dewan Bahasa dan Pustaka

Harga: B$6.00
ISBN: 978-99917-88-49-4​
​Buku ini menghimpunkan 20 jenis permainan tradisi untuk diketengahkan kepada generasi muda agar ia tidak pupus ditelan zaman. Permainan tradisi biasanya berbentuk santai, menghiburkan dan menguji ketangkasan pemain. Permainan tradisi bukan sahaja mampu menjana daya fikir, malah dapat mewujudkan kecekapan terutama dalam pembelajaran dan perkembangan minda seseorang pemain.
Orang Kabilangan Brunei•FINAL.jpg

Orang Kabilangan Brunei
Dewan Bahasa dan Pustaka

Harga: B$6.00
ISBN: 978-99984-0-031-3​
​Orang Kabilangan Brunei menghimpunkan lima cerita rakyat yang dihasilkan oleh peserta Bengkel Penulisan Cerita Folklor Ke-II. Keistimewaan lima orang kabilangan ini menjadi sebutan masyarakat lampau sehingga kini.
H4P•FINAL.jpg

Hikayat 4 Pemalas Siri 1
Ena Wasli

Harga: B$5.50
ISBN: 978-99984-0-032-0​
Buku ini mengisahkan tentang empat adik-beradik, iaitu Ali, Abu, Adi dan Abi. Pengembaraan mereka bermula apabila ayahnya ingin mereka mencari ilmu untuk bekal masa depan bagi mematangkan diri. Ali belajar ilmu tilik-menilik, Abu menguasai ilmu tembak-menembak, Adi mendalami ilmu pecah sambung dan Abi mempelajari ilmu curi. Mereka kembali menemui orang tua apabila ilmu sudah di dada. Namun berita sedih dikhabarkan apabila puteri dilarikan jin betina.
Hadiah untuk Cikgu•FINAL.jpg
Hadiah untuk Cikgu
Maisalamah Rajab

Harga:B$5.00
ISBN: 978-99984-0-030-6​
​Hadiah untuk Cikgu mengisahkan mengenai murid-murid di sekolah rendah yang teruja untuk memberikan hadiah kepada cikgu kelas mereka, Cikgu Milah. Bagaimanapun, ada seorang murid yang bersikap suka merendah-rendahkan orang lain. Apakah yang akan dilakukan oleh Cikgu Milah?